Mengubati Penyakit

Posted by Ibnu Nurdin | 12:58 AM

Mengubati penyakit tidaklah bertentangan dengan tawakal, bukan pula menunjukkan kurang terima di atas takdir dan ketentuan Allah.

Sabda Rasulullah saw"

Ertinya: "Tidaklah menurunkan Allah akan penyakit, melainkan diturunkanNya pula ubatnya!". (HR: Bukhari dan Muslim).

Sabdanya pula:

Ertinya: "Hai hamba Allah, berubatlah! Kerana sesungguhnya Allah Azza wa Jalla, tidaklah menjadikan penyakit melainkan dijadikanNya pula ubatnya, kecuali semacam penyakit saja, iaitu tua!". (HR: Imam Ahmad).

Tersebut di dalam Musnah Imam Ahmad dan suatu riwayat dari Abu Khuzamah, bahawa ada orang bertanya kepada Rasulullah:

"Tangkal penyakit, atau ubat yang kita ambil perubat itu atau penjagaan kita kepada diri kita, dapatkah semuanya menolak takdir yang telah tertentu, ya Rasulullah?".

Jawab baginda:

"Berubatlah itupun takdir juga".

Bukan sekali dua Rasulullah menyuruh sahabat-sahabatnya berubat. Di zaman Rasulullah saw, berubat dengan berpantik, dengan berbekam dan berubat dengan madu lebah, adalah perubatan yang amat biasa terpakai. Saidina Ali lantaran matanya sakit baginda larang memakan buah anggur kering dan baginda suruh memakan telur dimasak dengan bubur.

Rupanya perkara pantang-pantang makanan bagi suatu penyakit diperhatikan juga oleh Rasulullah.

Baginda sendiri suka memakai celak mata, berbekam dan meminum ubat. Sehari dua sebelum meninggal, baginda masih mimum ubat. Beberapa ulama antara lain Ibnu Qayyim telah mengarangkan kitab yang khusus mengenai ubat-ubat yang Nabi saw.

Ketika tangan Rasulullah luka di dalam peperangan Uhud, telah dibungkus dengan bara perca kain.

Allah yang mengadakan penyakit. Dia pun mengadakan ubatnya. Cuma mati yang tidak dapat diubati, kerana mati bukan penyakit.


0 comments »

0 comments